PENSAMPELAN BOTANI | Kaedah | PERTANIAN | Konsep |
BOTANI | Botani ialah sains atau kajian tentang pokok. Ia merupakan salah satu bidang utama biologi. | UMUM | |
RIDLEY, HENRY | Pakar botani berbangsa Inggeris yang bertanggungjawab mengasaskan industri getah di Nicholas Ridley. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAP | Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi jenis sap ialah air yang membawa makanan tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan yang dikenali sebagai floem. | UMUM | |
MENDEL, GREGOR JOHANN | Mendel, Gregor Johann (1822–1884), ahli botani dan rahib Austria yang merumuskan hukum asas keturunan. Eksperimennya yang membiakkan tumbuhan kacang taman melahirkan perkembangan sains yang dikenali sebagai genetik. | UMUM | |
KIRSTENBOSCH | Kirstenbosch ialah tapak Taman Botani Kebangsaan Afrika Selatan. Ia terletak di lereng timur Gunung Table di Cape Town. Kirstenbosch meliputi kira-kira 560 hektar. Tetapi hanya tujuh peratus daripada taman ini telah dibangunkan. Selebihnya masih belum disentuh. | UMUM | |
DE VRIES, HUGO | De Vries, Hugo (1848–1935) ialah ahli botani Belanda dan penuntut evolusi organik, yang lebih dikenali sebagai pengarang teori mutasi (lihat Mutasi). | UMUM | |
ROSEWOOD | Rosewood ialah nama bagi beberapa jenis kayu dalam genus botani Dalbergia. | UMUM | |
PINK | Pink adalah mana-mana satu daripada sekumpulan tumbuhan berbunga yang ahli botani namakan Dianthus , iaitu perkataan Yunani bagi bunga Jove . Bunganya sering dilihat berwarna samar ( pink dalam bahan Inggeris) tetapi nama pink mengikut ramai autoriti, digunakan dalam pengertian pieree atau puncture (tebuk), dan merujuk kepada tepi kelopaknya yang berkedut. | UMUM | |
SLOAN, SIR HANS | Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan perpustakaan peribadinya menjadi bahan permulaan British Museum. Sloan mengumpul tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan yang diambil dari Jamaica pada tahun 1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716. | UMUM | |