Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelas (kasta) pendeta di India, orang yg termasuk dlm kelas pendeta; 2. sl pendeta Hindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brahmin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BRAHMIN

BRAHMIN,  golongan agama yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat India dan dalam sistem kasta.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
FUNAN

FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas