TAUSSIG, HELEN BROOKE | Taussig, Helen Brooke (1898–1986) ialah doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan besar yang menyebabkan warna biru pada kulit bayi biru (lihat Bayi biru ). | UMUM | |
BROOKE , SIR JAMES | Brooke, Sir James (1803–1868), Rajah Sarawak yang pertama. | UMUM | |
BROOKE, RUPERT CHAWNER | Brooke, Rupert Chawner ( 1887–1915) ialah penyair British yang namanya dikaitkan dengan Perang Dunia I. | UMUM | |
BROOKE, LEONARD LESLIE | Brooke, Leonard Leslie (1862–1940), pelukis potret dan pelukis cat air Inggeris yang terkenal kerana buku bergambarnya. | UMUM | |
BROOKE, ANTHONY | Brooke, Anthony (1912- ), Rajah Sarawak. Beliau lahir pada 10 Disember 1912. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK | GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK, gerakan menentang keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. Keputusan Brooke diambil tanpa mendapat persetujuan rakyat Sarawak, Majlis Negeri dan Tuan Muda Bertram Brooke. Keputusan Brooke bertentangan dengan jaminan Dinasti Brooke bahawa Sarawak adalah hak orang tempatan dan mereka hanya memerintah Sarawak seperti yang diamanahkan dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan 1941, tujuan utama Dinasti Brooke adalah untuk menyediakan Sarawak ke arah kemerdekaan. Gerakan antipenyerahan bertujuan untuk menuntut kembali status Sarawak sebagai sebuah negeri yang merdeka, sama ada di bawah Dinasti Brooke ataupun di bawah kerajaan orang tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABDUL GHAFOR BABA, DATUK PATINGGI | ABDUL GHAFOR BABA, Datuk Patinggi (1800-1890), pemimpin Melayu Sarawak yang menentang pemerintahan James Brooke. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
RENTAP | RENTAP (? - ? ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAYANG SAHADA | DAYANG SAHADA, ( ? - ?), perintis pelajaran sekular Melayu di Sarawak pada abad ke-19. Bersama-sama suaminya, Abang Kasim, dia membuka kelas untuk orang perempuan dan lelaki di rumah bapa mentuanya, Datu Bandar atas galakan Ranee Margaret Brooke, isteri Raja Charles Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 hingga tahun 1917. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LAPORAN BIRU | LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |