Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brown


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BROWN, C.C.pengkaji bahasa Melayu berbangsa Inggeris yang banyak menulis tentang bahasa Melayu.BAHASATokoh
ALCOCK DAN BROWN

Alcock dan Brown ialah perintis penerbangan

British yang membuat penerbangan pertama

merentasi Lautan Atlantik tanpa henti. Sir John

William Alcock (1892–1919), ialah juruterbangnya

dan Sir Arthur Whitten Brown (1886–1948) sebagai

jurumudi.

UMUM 
BLACKWELL, ANTOINETTE BROWN UMUM 
BROWN, ROBERT

Brown, Robert (1773–1858) ialah doktor dan

ahli botani Scotland. Dia menemui nukleus

dalam sel hidup, dan menghuraikan agitasi

zarah mikroskop, yang dikenali sebagai gerakan

Brown.

UMUM 
BROWN, MARCIA JOAN

Brown, Marcia Joan (1918–       ) ialah ilustrator

buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis

pertama yang memenangi Caldecott Medal

sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada

tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass

Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse

(1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982).

Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977.

Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian

Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia

juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita

rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950),

The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale

from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New

York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls

Wilder Award pada tahun 1992.

UMUM 
BROWN, JOHN

Brown, John (1800–1859) ialah radikal

Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan.

Percubaannya untuk membebaskan hamba

telah menyebabkan beberapa orang kehilangan

nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan

meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865).

UMUM 
BROWN, CHRISTY

Brown, Christy (1932–1981) ialah pengarang

dan penyair Ireland. Dia menghidap penyakit

palsi serebrum semenjak lahir.

UMUM 
BROWN, CAPABILITY

Brown, Capability (1715–1783), mengasaskan

landskap taman gaya Inggeris.

UMUM 
BROWN THRASHER

Brown thrasher

ialah burung besar

yang menarik di timur

Amerika Syarikat

dan Kanada.

UMUM 
BROWN RECLUSE

Brown recluse ialah labah-labah berwarna

keperangan, berbisa yang terdapat di Amerika

Syarikat.

UMUM 
12

Kembali ke atas