RINDU DENDAM | RINDU DENDAM, kumpulan puisi J.E. Tatengkeng. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1934 dan diterbitkan semula pada tahun 1974 oleh Pustaka Jaya. Rindu Dendam terdiri daripada dua bahagian iaitu Buah Tangan dan Rindu Dendam. Buah Tangan mengandungi 31 buah puisi yang dimulai dengan puisi “Mula Kata” dan diakhiri dengan puisi “Melaka”. Rindu Dendam hanya mengandungi sebuah puisi iaitu “Akhir kata”. | SASTERA | Karya |
SHOVE-HALFPENNY | Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua orang pemain atau dua buah pasukan. Permainan ini dimainkan di atas papan yang berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan kepada dua petak. Pemain menggunakan lima cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25 milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera terjuntai di hujung papan. Mereka cuba memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan. Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak. | UMUM | |
KESULTANAN PERLIS | KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lampau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SITAR | Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar mempunyai leher yang panjang dan lebar yang dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah pear yang dibuat daripada buah labu yang besar. Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai 12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan penjarian bagi tangan kiri. | UMUM | |
MENARA BULAT | Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. | UMUM | |
KAIN DAGANG LUAR | KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. | BUDAYA | Kraf Tangan |