BUAPAK | BUAPAK, ketua kelompok kekeluargaan dalam sistem tradisi kepimpinan adat perpatih, iaitu perut. Istilah ‘buapak’ ialah hasil gabungan kata-kata ‘ibu’ dan ‘bapa’ yakni ketua dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebuah perut lebih besar daripada sebuah keluarga biasa sehingga boleh mencapai lima hingga enam generasi, maka konsep buapak itu terbit sebagai ketua kelompok kekeluargaan ini. Anggota-anggota dalam perut menjadi anak buahnya. | BUDAYA | Konsep |
SERI MENANTI | SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum Negeri Sembilan bernama ‘Negeri Sembilan’, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak. Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor. Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |