LESBUMI | LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). | SASTERA | Institusi/Organisasi |
ASAS 50 | Asas 50 ialah pertubuhan sastera Melayu moden. ASAS 50 adalah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50, yang diasaskan oleh sasterawan, budayawan, wartawan dan ahli bahasa. Pertubuhan ini antara lain bertujuan untuk menyatukan para pengarang Melayu dalam satu wadah perjuangan untuk mempertingkat dan menjaga kepentingan penulis dalam masyarakat. ASAS 50 ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950. | UMUM | |
ABDULLAH SANGGORA | ABDULLAH SANGGORA (1921-1998), nasionalis dan budayawan. Dia lahir pada 6 Mei 1921 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdullah Haji Kassim | BUDAYA | Konsep |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG | SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946. Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa. Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat. Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin. | SASTERA | Karya |
A. SAMAD AHMAD | A. SAMAD AHMAD (1913- ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 14 November 1913 di Bukit Raja, Kelang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Ahmad. | SASTERA | Konsep |
AZAH AZIZ | AZAH AZIZ (1928 - ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Sharifah Azah binti Syed Mohamed Alsagoff. Dia telah berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Profesor Diraja) dan terus menggunakan nama Azah Aziz hingga sekarang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Convent, Johor Bahru, Johor. | BUDAYA | Konsep |
UMAR KAYAM | UMAR KAYAM (1932- ), budayawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965). Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969). Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta. Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin. Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut. | SASTERA | Tokoh |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |
MH. RUSTANDI KARTAKUSUMA | MH. RUSTANDI KARTAKUSUMA (1921- ), budayawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 21 Julai 1921 di Ciamis, Jawa Barat, Indonesi. Setelah menamatkan Hoogere Burger School (HBS), MH. Rustandi meneruskan pendidikannya di Sekolah Guru Tinggi Islam. MH. Rustandi pernah mengajar di sekolah menengah dan bertugas sebagai pensyarah di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Dia juga pernah menjadi pensyarah bahasa dan sastera Indonesia di University of Yale dan Harvard University, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |