BUDU, sejenis pekasam ikan untuk menambah kelazatan makanan, dan diperbuat daripada ikan bilis segar bercampur garam buku, serta diperap selama enam bulan. Budu popular di kalangan masyarakat Melayu pantai timur sepanjang Semenanjung Malaysia dan di beberapa wilayah Melayu lain.
NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang.
Thanks for clicking. That felt good.