LEMBAH BUJANG | | UMUM | |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNGAI MAS | SUNGAI MAS, pusat kerajaan dan pelabuhan di Lembah Bujang, kerajaan Kedah tua pada abad ke-5 M. Sungai Mas adalah salah sebuah anak sungai kepada Sungai Muda. Di tebingnya terletak sebuah kampung yang dikenal dengan nama Kampung Sungai Mas. Kampung tersebut terletak dalam daerah Kuala Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
CANDI BUKIT BATU PAHAT | CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III | SULTAN ABDUL JALIL SYAH III ( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka. Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PESAKA | PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BUKAN BUNUH DIRI | BUKAN BUNUH DIRI, drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri. Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ZAINI OJE @ OZEA | ZAINI OJE @ OZEA (1951- ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian. Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri. Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985. Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984). | SASTERA | Tokoh |
AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED | AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED (1954 - ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas, Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974). | SASTERA | Konsep |