Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujang I

Puisi
 

Petang-petang kijang berjalan,
     Kijang mencari daun lana;
Petang-petang bujang berjalan,
     Bujang nak cari anak teruna.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Seperti gadis jolong bersubang,
     bujang jolong berkeris.

Bermaksud :

Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEMBAH BUJANG UMUM 
SUNGAI MASSUNGAI MAS, pusat kerajaan dan pelabuhan di Lembah Bujang, kerajaan Kedah tua pada abad ke-5 M. Sungai Mas adalah salah sebuah anak sungai kepada Sungai Muda.  Di tebingnya terletak sebuah kampung yang dikenal dengan nama Kampung Sungai Mas.  Kampung tersebut terletak dalam daerah Kuala Muda.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CANDI BUKIT BATU PAHAT

CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III

SULTAN ABDUL JALIL SYAH III ( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka.  Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor.  Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PESAKA

PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
BUKAN BUNUH DIRI

BUKAN BUNUH DIRI,  drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri.  Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal <I>Malay LiteratureI> (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh
AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED

AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED  (1954 -    ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas,  Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas,  kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974).

SASTERAKonsep

Kembali ke atas