RAGBI | Permaianan yang menggunakan bola berbentuk bujur yang dimainkan oleh dua pasukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
DEWBERI | Dewberi ialah buah yang kecil berbentuk bujur yang tumbuh pada pokok beri hitam yang melata. Tidak seperti beri hitam lain yang tumbuh pada pokok renek yang tegak, Dewberi tumbuh pada dahan yang panjang dan kecil yang menjalar di tanah. Warnanya hitam atau berbagai-bagai warna merah. Setiap buahnya terdiri daripada segugus buah kecil yang dikenali sebagai drupelet. | UMUM | |
ELIPS | Elips ialah rajah geometri yang berbentuk gelung bujur. Dalam istilah geometri, elips ialah satu daripada bahagian kon (lihat Kon). | UMUM | |
TESTIKEL | Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan hormon seks lelaki, terutama testosteron . | UMUM | |
KAPAL KLIPER | Kapal kliper ialah sejenis kapal layar berbentuk bujur dan belayar laju, yang dibina di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. | UMUM | |
UNJURAN PETA | Kaedah mentrasformasikan permukaan bumi ke satu permukaan rata berasaskan sistem susunan garisan lintang dan garisan bujur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
KRANBERI | Kranberi ialah beri merah, masam, bulat atau bujur yang tumbuh pada pokok menjalar malar hijau. | UMUM | |
AVOKADO | Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat, bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya. | UMUM | |
DOMINO | Domino ialah nama beberapa permainan yang dimainkan dengan menggunakan kepingan-kepingan kecil, rata dan bujur yang dinamakan domino. Permainan domino ini berkemungkinan dicipta di China, dan diperkenalkan di Eropah pada tahun 1300-an. | UMUM | |
SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |