DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai <I>minitI>. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai <I>radianI>. | UMUM | |
SARAWAK | Sarawak (pend.1 648 200) ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas 124 450 kilometer persegi, memanjang sejauh 800 kilometer sepanjang barat laut pulau Borneo. Negeri ini terletak di utara garisan khatulistiwa di antara garisan bujur 0 ° 50’ dan 5º Utara, manakala garisan lintang 109 ° 36’ dan 115 ° 40’ Timur. | UMUM | |
TESTIKEL | Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali juga sebagai <i> testes i> (tunggal, <i> testis i> ) tergantung di belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali sebagai <i> skrotum i> . Testis mempunyai dua fungsi utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan hormon seks lelaki, terutama <i> testosteron i> . | UMUM | |
SOTONG KATAK | Sotong katak ialah <i>moluska i>(haiwan lembut tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam, tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna. Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip beropol. | UMUM | |