BUKAN BUNUH DIRI | BUKAN BUNUH DIRI, drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri. Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BUKAN LALANG DITIUP ANGIN | BUKAN LALANG DITIUP ANGIN, drama karya Noordin Hassan. Drama ini sudah dipentaskan sejak tahun 1970, tetapi hanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1979. Buku tersebut memuatkan juga dua buah dramanya berjudul “Tiang Seri Tegak Berlima” dan ”Pintu”. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
TARBIL | Tarbil ialah mesin perang yang melemparkan objek seperti lembing atau batu atau melontarkan benda berat yang besar terhadap pertahanan musuh. Terdapat dua jenis utama tarbil: bukan kilasan dan kilasan . Tarbil bukan kilasan berfungsi seperti panah raksasa, yang kuasa lontarannya datang daripada serat regang yang dilepaskan. | UMUM | |
SANGA | Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang dikeluarkan semasa proses membuat besi jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam- logam lain. Sanga dari relau bagas keluli mengandungi sulfur dan silikat kalsium, magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau tembaga dan relau melebur plumbum mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli mengandungi kapur, besi oksida, dan silika. Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan untuk membuat simen dan jalan raya. | UMUM | |
BENDA ASING GAS | Semua komponan bukan hidrokarbon yang wujud dalam gas asli yang baru dikeluarkan dari telaga minyak. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
SULFUR | Sulfur ialah unsur kimia bukan logam, berwarna kuning yang didapati di banyak bahagian di dunia. Simbol kimia bagi sulfur ialah S. Ia telah digunakan untuk pelbagai tujuan selama beratus-ratus tahun. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sulfur sebagai pencuci, peluntur, dan ubat. Unsur ini kemudiannya menjadi penting sebagai satu daripada bahan utama dalam serbuk letupan. Hari ini, sulfur digunakan dalam pelbagai keluaran dan proses industri. | UMUM | |
REFRAKTORI | Refraktori ialah bahan atau objek bukan logam yang boleh tahan terhadap suhu tinggi tanpa menjadi lembut. | UMUM | |
ESEI | Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen yang mengandungi pandangan atau analisis penulis tentang subjek tertentu. | UMUM | |
ASID HIDROFLUORIK | Asid hidrofluorik ialah bahan kimia bukan organan yang sangat berbahaya. Asid ini dihasilkan dengan cara melarutkan gas hidrofluorik di dalam air. Formula kimia asid hidrofluorik ialah HF. | UMUM | |