MALIGNANSI | Malignansi selalunya dirujuk sebagai tumor malignan atau kanser, dan bukannya tumor benigna (yang bukan kanser) (lihat Tumor). | UMUM | Umum |
NALURI | Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan, latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua jantina dalam spesies haiwan berkenaan. | UMUM | |
ENTAIL | Entail merupakan harta yang diwarisi secara turun-temurun oleh waris tertentu sahaja, dan bukannya oleh semua waris. | UMUM | |
DOMAIN AWAM | Domain awam bermakna hak untuk memegang atau memiliki harta kepunyaan awam dan bukannya individu. | UMUM | |
PSYCHE | Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba. Dia begitu cantik sehingga orang berpaling memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta. Venus menjadi marah, lalu menghantar anak lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya. Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari- parinya yang diperbuat daripada emas dan batu permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama- lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara- saudara perempuannya yang zalim, pada suatu malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan meninggalkan Psyche. | UMUM | |
PERGERAKAN | Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu objek berkemungkinan berada dalam pergerakan bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan penumpang lain di atas kereta api seperti sedang bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap pada pandangan anda. | UMUM | |
AUTOGIRO | Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara. Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang menarik kenderaan itu meluncur di udara. | UMUM | |
MONAGHAN | Monaghan adalah kaunti di utara Republik Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka buminya sesuai untuk bercucuk tanam. Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar kecil terletak dalam kawasan penternakan. Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar. | UMUM | |
DOLFIN | Dolfin ialah nama sekumpulan haiwan laut yang berkaitan rapat dengan paus dan ikan lumba-lumba. Seperti paus dan ikan lumba-lumba, dolfin ialah mamalia dan bukannya ikan. Tidak seperti ikan, mamalia menyusukan anaknya dengan susu yang dihasilkan oleh badan ibu. Tidak seperti ikan juga, dolfin mempunyai paru-paru, dan berdarah panas – iaitu suhu badannya sentiasa sama tanpa mengira suhu di persekitarannya. Ramai ahli sains percaya bahawa dolfin adalah antara haiwan yang cerdik, di samping cimpanze dan anjing. | UMUM | |
SOSIALISME | Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan bukannya individu, yang sepatutnya memiliki sumber negara dan mengawal kegunaannya. Sosialisme juga menuntut pemilikan umum terhadap tanah, kilang dan sumber asas pengeluaran yang lain. | UMUM | |