BUKU LALI | Buku lali ialah sendi yang menyambungkan betis dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak naik turun. | UMUM | |
MOKASIN | Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. | UMUM | |
TERGELIAT | Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul . Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat daripada berlakunya renggutan mengejut yang akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat di mana-mana sendi sahaja. | UMUM | |
SARUNG | SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan. Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang hingga ke paras buku lali. Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei. | BUDAYA | Konsep |