Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan] | بولن

Definisi : 1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : sj ikan laut, Megalops cyprinoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : 1 satelit semula jadi bumi (permukaannya gersang lagi tandus serta tidak berudara) yg bergerak mengelilingi bumi dan kelihatan bercahaya pd waktu malam: Tiga orang angkasawan Amerika telah berjaya mendarat di permukaan ~. 2 masa atau tempoh yg lamanya 1 tahun dan setiap tempoh itu ada namanya sendiri: Saya telah dilahirkan dlm ~ Muharam. ~ bintang gambar bulan sabit dan bintang sbg lambang pd bendera dsb. ~ gelap malam hari yg gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit. ~ gerhana bulan terlindung sebahagiannya atau seluruhnya oleh bayangan bumi. ~ haji Zulhijah. ~ madu masa pasangan suami isteri yg baru berkahwin pergi bercuti dan bersuka-suka ke tempat lain. ~ Maulud Rabiulawal. ~ muda bahagian bulan dr tanggal 1 hingga tanggal 10. ~ puasa Ramadan. ~ purnama bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. ~ sabit bulan yg masih berbentuk spt sabit. bulan-bulan 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. berbulan 1 ada bulannya; mempunyai bulan: Malam tidak ~. 2 hingga sebulan lamanya. berbulan-bulan beberapa bulan lamanya. bulanan 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan

Puisi
 

Anak yu senangin bulan,
     Bawah bulan pagar jerami;
Kalau rindu pandang bulan,
     Dalam bulan ada kami.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABERDEEN, EARL OF

Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana

Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea

tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal

perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui

bahawa negara mereka tidak bersedia untuk

berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak

cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal

pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap

berita itu.

UMUM 
SYAWAL

Syawal ialah bulan ke-10 mengikut

takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah

negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan

Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi

mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal

hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada

zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,

iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.

UMUM 
TIKUS BULAN

Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies

mamalia pemakan serangga dari China dan Asia

Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali

sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung

yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik.

Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies

yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna

hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan

tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga,

cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang

lebih kecil.

Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam

order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan

terbesar ialah Echinosorex gymnurus .

UMUM 
BULAN UMUM 
BULAN ISLAMBulan yang teah ditentukan oleh Allah S.W.t. berdasarkan pusingan satelit bulan yang bergerak mengelilingi bumi.AGAMAKonsep
GERHANA BULAN

Gerhana bulan, fenomena yang berlaku apabila bulan memasuki bayang bumi pada fasa bulan penuh.

FIZIKPeristiwa
RABIULAKHIR

Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut

takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir

kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab

ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w.,

bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali

sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’).

UMUM 
BULAN SABIT

Bulan sabit ialah lambang yang menyerupai

bulan peringkat suku pertama. Dalam ilmu asal

usul dan lambang kekeluargaan, bulan sabit adalah

lambang anak lelaki kedua dalam keluarga.

UMUM 
MEI

Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di

Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia,

Mei adalah salah satu bulan yang paling indah

dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim

panas belum bermula. Tanaman taman mula

bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput

menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar.

Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di

Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika,

forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang

membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur

yang bakal menetas tidak lama lagi.

UMUM 
MAZOWIECKI, TADEUSZ

Mazowiecki, Tadeusz (1927– ) ialah perdana

menteri Poland dari bulan Ogos 1989 hingga bulan

November 1990.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas