Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.la.nan] | بولنن

Definisi : (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.la.nan] | بولنن

Definisi : 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulanan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AL-IMAM

AL-IMAM, majalah bulanan agam Islam bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906.

SASTERAKonsep
DEWAN MASYARAKAT

Dewan Masyarakat, majalah bulanan untuk bacaan umum. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963.

SASTERAKarya
QALAMQALAM, majalah bulanan bertulisan Jawi.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Julai 1950 hingga bulan Ogos 1969.  Majalah ini diterbitkan oleh Qalam Press Limited, Singapura.  Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (1950 - 1968), Abdullah Basmeih (1950 - 1965) dan Syed Jaafar Albar (1955).SASTERAPenerbitan
POETRI HINDIAPOETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PETRI MELAYUPETRI Melayu, majalah bulanan khusus untuk kaum wanita. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Jun 1947. pengusaha majalah ini ialah Yahya Ariff. Majalah ini diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak dan dicetak oleh Penang and Straits Company, Pulau Pinang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
DEWAN PELAJAR

Dewan Pelajar, majalah bulanan untuk bacaan golongan pelajar. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1967 dengan harga 40 sen senaskhah.

SASTERAKarya
DEWAN SISWA

Dewan Siswa, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. 

SASTERAKarya
DEWAN SASTERA

Dewan Sastera, majalah bulanan sastera yang pertama diterbitkan di Malaysia, bertujuan untuk membina dan mengembangkan kesusasteraan Malaysia.

SASTERAKarya
DEWAN BUDAYA

Dewan Budaya, majalah bulanan yang menjadi wadah pemikiran dan perbincangan khusus tentang seni budaya. Majalah yang mengandungi 67 halaman berukuran 21 cm x 28 cm diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak bulan Januari 1979.

SASTERAKarya
UTUSAN FILEM DAN SPORTS

UTUSAN FILEM DAN SPORTS, majalah bulanan yang diterbitkan oleh Yusuf Ishak dari Utusan Melayu Press Ltd. 185A dan B, Cecil Street, Singapura.  Majalah bertulisan Jawi ini mula diterbitkan pada tahun 1949.  Ia mengandungi 36 halaman dan dijual dengan harga 30 sen senaskhah.

SASTERAPenerbitan
123

Kembali ke atas