Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga kertas, Bougainvillea; 2. = bulangan sj tumbuhan (pokok), Gmelina spp.; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Smythea paciflca; ~ gajah (hitam, kecil, tikus) sj tumbuhan (pokok renek), Canthium horridum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulang III


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN ( ? -1825), Temenggung Seri Maharaja Johor, putera Daeng Kechil atau Engku Abdul Hamid. Dia dilantik sebagai Temenggung Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) pada tahun 1806, memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau sekitarnya. Pada mulanya dia tinggal di Bulang, tetapi pada tahun 1811, Temenggung Abdul Rahman bersama-sama keluarga dan pengikutnya berpindah ke Singapura. Temenggung Abdul Rahman mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Daeng Ronggek atau Daeng Ibrahim, yang kemudiannya menjadi Temenggung Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas