Anjing pit bull ialah nama am bagi mana-mana
hasil kacukan lintang anjing yang biasanya
mempunyai beberapa ciri anjing bulldog dan terrier.
Satu ketika dahulu anjing pit bull ini digunakan untuk
menyerang lembu dan beruang. Ada kalanya anjing
ini juga menyerang dan membunuh manusia.
Boxer ialah anjing yang sederhana saiznya. Ia
dibiakkan dengan mengacukkan anjing mastif
Bullenbeisser dengan anjing bulldog oleh pembiak
Jerman pada tahun 1850.