MENCUKUR BULU | Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri). Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan pencukur bulu moden menggunakan pengetam berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu. Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas. Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih dalam masa sehari. | UMUM | |
ANGORA | Angora ialah serat bulu yang dibuat daripada bulu arnab Angora. Istilah ini kadang-kadang digunakan bagi serat bulu yang dibuat daripada bulu kambing Angora, tetapi serat bulu kambing tepat dinamakan mohair. | UMUM | |
KAIN BULU UNTA | Kain bulu unta ialah kain bulu yang lembut, sederhana berat yang dibuat daripada bulu unta Bactria. | UMUM | |
TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah MelayuI>. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BURUNG CENDERAWASIH | Burung cenderawasih ialah nama yang diberi kepada jenis burung tertentu yang mempunyai bulu banyak warna yang mempesonakan. Bulu ini tumbuh dalam banyak bentuk yang luar biasa. | UMUM | |
KUPU-KUPU RUMPUN | Kupu-kupu rumpun membentuk famili yang beluncasnya mempunyai jambak bulu di sepanjang belakangnya. Jambak bulu ini sering berwarna cerah. Beluncas juga mungkin mempunyai jalur-jalur yang jelas di belakangnya. | UMUM | |
MOHAIR | Mohair ialah nama yang diberi kepada bulu kambing Angora. Haiwan ini berasal dari Asia Kecil dan juga diternak di Afrika Selatan dan di California dan Texas, Amerika Syarikat. Nama <i> Mohair i> juga digunakan kepada fabrik yang dihasilkan daripada bulu kambing Angora. | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
NETEL | Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa. Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh bertentangan satu sama lain pada batang, dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia. Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman dahulu. <i> Netel i>berbisa di Eropah dan Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat, kasar. Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili netel, Urticaceae. Ia membentuk genus <i> Urtica i> . Netel berbisa ialah <i> U. i><i> dioica. i> | UMUM | |
KUMBANG PERMAIDANI | Kumbang permaidani ialah serangga perosak biasa. <I>Larvanya I>hidup pada permaidani dan masuk ke dalam almari untuk memakan pakaian bulu biri-biri, bulu ayam, dan pakaian bulu yang lain. | UMUM | |