NUTRIA | Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau berhampiran dengannya. Nutria berasal dari selatan Amerika Selatan, tetapi telah diperkenalkan ke negara-negara lain untuk diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai “nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang. Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan sarung tangan, manakala dagingnya digunakan untuk membuat makanan haiwan kesayangan. | UMUM | |
SETTER IRELAND | Setter Ireland atau yang sering dikenali sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik, yang bulunya berwarna merah keperangan. Bulunya berwarna merah atau merah dengan tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki. Setter Ireland merah ialah setter yang biasa didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing. Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland, tiada warna kegemaran untuk pertunjukan anjing. | UMUM | |
CHINCHILLA | Chinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi khas untuk menggerogot. | UMUM | Umum |
KAMBING KASHMIR | Kambing Kashmir ialah kambing berbulu panjang, yang terkenal dengan bulunya yang halus bak sutera. | UMUM | |
ALPAKA | Alpaka ialah haiwan ragut di Amerika Selatan yang berkaitan dengan unta. Ia diternak untuk bulunya yang halus | UMUM | |
MERAK | Merak ialah salah satu burung yang suka menonjolkan diri kerana berbadan besar dan cantik bulunya. Dari segi teknikal, perkataan merak merujuk kepada burung merak jantan. Burung betina dikenali sebagai burung merak betina. Kebanyakan orang menggunakan perkataan burung merak bagi kedua-dua jantina. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
BURUNG HITAM | Burung hitam ialah mana-mana jenis burung kecil yang tergolong terutamanya dalam dua famili, yang bulunya - sekurang-kurangnya yang jantan berwarna hitam. Burung betina berwarna perang dengan dadanya berbintik-bintik. | UMUM | |
TINGKAH LAKU PENYESARAN | Tingkah laku penyesaran merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya apabila hendak mengambil keputusan apakah untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan emosi yang berkonflik. | UMUM | |
MENCUKUR BULU | Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri). Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan pencukur bulu moden menggunakan pengetam berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu. Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas. Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih dalam masa sehari. | UMUM | |