QAF | QAF, kumpulan puisi Moechtar Awang. Qaf diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985. Qaf memenangi hadiah penghargaan Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) tajaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad. | SASTERA | Karya |
ANUGERAH PUISI PUTRA | ANUGERAH PUISI PUTRA, anugerah yang diberikan kepada kumpulan puisi terbaik dalam peraduan yang ditaja oehBank Bumiputra Malaysia Berhad, Kuala Lumpur dan diselenggarakan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). | SASTERA | Konsep |
PASRAH | PASRAH, kumpulan puisi Moechtar Awang. Pasralz diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. Kumpulan puisi ini memenangi hadiah penghargaan anugerah Puisi Putra 1 pada tahun 1980 anjuran Gabungan Persatuan PenuIis Nasional Malaysia (GAPENA) tajaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad. | SASTERA | Penerbitan |
SIHIR HUJAN | SIHIR HUJAN, kumpulan puisi Sapardi Djoko Damono. Kumpulan puisi yang mengandungi 51 halaman ini diterbitkan pada tahun 1984 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sihir Hujan mengandungi 51 puisi. Kumpulan puisi ini telah memenangi Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran bersama GAPENA dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad. | SASTERA | Karya |