YUDA, | YUDA, kumpulan cerpen karya Zaen Kasturi. Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1992 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Yuda mengandungi 17 buah cerpen iaitu “Warna Katarsis”, “Taman Uzlah”, “Bukan Agitasi Bandel”, “Pertemuan Sukma”, “Nurzina”, “Detak Arloji”, “Sat Malangkaii”, “Matatih Nur”, “Kinanti”, “Warawiri”, “Kata”, “Menyeadap Madu Bunga Bunga Tongkeng”, “Musim Yuda” dan “777”. | SASTERA | Penerbitan |
KEKWA | Kekwa adalah mana-mana satu daripada sekumpulan herba renek berbau kuat yang tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana. Pekebun menanamnya untuk bunganya yang cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak bunga satu-satu membentuk setiap kuntum. Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan dengan membuang tunasnya dengan cermat. Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya berbeza-beza warnanya daripada putih atau kuning hingga kepada samar atau merah. | UMUM | |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
SUNTING MALAR | Kapsyen : Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |