EKSTRAK | Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan. | UMUM | |
HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |
KAIN SEBAI | KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BURBANK, LUTHER | Burbank, Luther (1849–1926), pembiak baka tumbuhan, pekerja tapak semaian dan ahli hortikultur Amerika. Dia memperkenalkan dan menghasilkan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan rumput-rampai yang baharu. | UMUM | |
ARBUTUS | Arbutus ialah nama yang diberikan kepada beberapa pokok malar hijau daripada famili heath . Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat, arbutus yang paling terkenal ialah arbutus menjalar , pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu yang wangi. Di New England, ia dinamakan mayflower . Pilgrim Fathers dikatakan telah memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih atau merah jambu dan buahnya berbentuk strawberi dan sebesar strawberi. Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong dalam famili heath , Ericaceae . Ia dikelaskan sebagai Epigaea repeus . Pokok strawberi ialah Arbutus unedo . Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di hutan jarang dan hutan). | UMUM | |
PERTUNJUKAN DIRAJA EASTER | Pertunjukan Diraja Easter yang dianjurkan oleh Persatuan Pertanian Diraja di New South Wales, Australia , adalah pameran pengeluaran pertanian, penternakan, tenusu perindustrian dan komersial. Tapak pertunjukan meliputi 28.75 hektar di Moore Park, Sydney. Pertunjukan pertandingan lembu, kambing, kuda, babi, anjing, kucing, ayam itik, bunga- bungaan, sayur-sayuran, seni dan kraf tangan, menarik banyak penyertaan. | UMUM | |