YAHAYA ISMAIL | YAHAYA ISMAIL (1940- ), penulis dan pengkritik sastera dan politik. Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak. Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar, pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang. Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973. | SASTERA | Tokoh |
WAHI ANNUAR | WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik. Dia lahir di Kuala Kurau, Perak. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar. Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |