YEAGER, CHARLES ELWOOD | Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari Amerika ialah orang pertama yang membuat penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober 1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12 Disember 1953 dengan membuat penerbangan 2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dengan memandu Bell X-1A. | UMUM | |
SHOEBILL | Shoebill ialah burung besar yang dipercayai oleh banyak ahli sains berkaitan dengan burung botak. Ia kadangkala dinamakan burung <i>botak kepalai> <i> paus i> . Shoebill tinggal di paya di Afrika dari hulu Sungai Nil hingga ke Uganda dan Congo. Burung ini tingginya 1.2 meter. Ia berwarna kelabu abu dan mendapat namanya daripada paruhnya yang besar. Apabila diganggu, ia membuka dan menutup paruhnya dengan cepat, mengeluarkan bunyi kuat yang berdetar-detar. | UMUM | |
PAPAN DINDING | Papan dinding ialah sejenis papan yang dibuat daripada serat kayu, rotan dan lain-lain bahan berserat. Ia digunakan untuk menutupi dinding dan siling. Papan dinding memberikan perlindungan daripada kebakaran dan cuaca dan menjadi penebat haba dan kesejukan. Ia menyerap bunyi dan juga berfungsi sebagai hiasan. Papan dinding dibuat dalam bentuk kepingan 1.5 milimeter hingga 75 milimeter tebalnya. Dinding yang ditutupi dengan papan dinding biasanya dinamakan <I>dinding keringI>. | UMUM | |
DANGDUT | DANGDUT, sejenis irama lagu hasil percantuman antara lagu Melayu tradisional jenis inang dengan irama lagu Hindi. Irama ini berasal dari daerah Deli, Sumatera, Indonesia. Perkataan ‘dang’ dan ‘dut’, yang seakan-akan bunyi paluan gendang yang digunakan dalam lagu jenis ini, pada asalnya digunakan orang sebagai ejekan semata-mata, tetapi lama-kelamaan diterima umum sebagai nama irama jenis ini. 1"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |