| MERBUK | Merbuk ialah nama bagi anggota yang kecil dalam famili burung merpati dan merbuk. Burung merbuk tinggal di kawasan sederhana dan tropika di seluruh dunia. | UMUM | |
| MERBUK MERATAP | Merbuk meratap ialah burung di Amerika yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico, dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya. Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik hitam. Burung ini terbang laju. | UMUM | |
| MERPATI | Merpati adalah mana-mana burung dalam famili merpati dan merbuk. Anggota yang besar dalam famili ini biasanya dikenali sebagai merpati dan anggota yang kecil dikenali sebagai merbuk. Dalam rencana ini, istilah merpati merujuk kepada kedua-dua jenis merpati dan merbuk. | UMUM | |