KEPINDING BUSUK | | UMUM | |
SKUNK | Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini terkenal kerana cecair berbau busuk yang disemburkannya apabila ketakutan atau berada dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal berhari-hari lamanya. | UMUM | |
DATURA | Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia. | UMUM | |
PIRIT | Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap dan mengeluarkan bau busuk. | UMUM | |