Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.sur] | بوسور

Definisi : 1. kayu (buluh dll) yg dilengkungkan dan direntangkan tali utk melepaskan anak panah; anak ~ anak panah; tali ~ tali yg direntangkan pd busur; 2. alat utk membersihkan kapas drpd bijinya (dibuat drpd kayu dll yg dilengkungkan dan direntangkan tali); 3. Kl kayu dll yg direntangkan tali dan dipasang pd layang-layang supaya berbunyi;membusur 1. lengkung spt busur; 2. memanah dgn memakai busur; 3. membersihkan kapas dll dgn busur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.sur] | بوسور

Definisi : 1 kayu dsb yg dilengkungkan dan diberi bertali utk melepaskan anak panah. 2 alat (spt busur 1) yg digunakan utk membersihkan kapas. membusur 1 melengkung spt busur. 2 melepaskan anak panah dgn busur. 3 membersihkan kapas dgn busur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUSUR SILANG

Busur silang ialah senjata popular pada Zaman

Pertengahan. Busur silang mempunyai satu

busur tegak yang pendek dan keras di bahagian

hujung.

UMUM 
MEMANAH

Memanah ialah sejenis sukan yang

menggunakan busur dan anak panah. Pemanah

yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil

seberapa banyak acara yang dipertandingkan.

Antara yang paling popular melibatkan acara

memburu, pemanahan sasaran, pemanahan

padang, dan pemanahan udara. Bagi acara

memburu, pemanah menggunakan busur dan anak

panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang

hampir di semua negara, termasuk juga Britain.

Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka,

pemanah bertanding dengan memanah sasaran.

Sementara dalam pemanahan udara, pemanah

dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh.

Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia

menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan

di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan

salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan

Olimpik Musim Panas.

UMUM 
PANAH

PANAH, senjata untuk berburu. Senjata ini terdiri daripada anak panah dan ibu panah atau busur.  Anak panah dilancarkan dengan menggunakan busur.

BUDAYAAlat/Alatan
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM 
ORANG SIMERIA

Orang Simeria ialah orang nomad yang tinggal

di kawasan yang kini terletak di selatan Ukraine,

kira-kira tahun 1200 S.M. hingga tahun 700 S.M.

Mereka mendiami satu kawasan di utara Gunung

Caucasus berhampiran Laut Hitam. Mereka

menunggang kuda dan menggunakan busur dan

panah, dan terkenal sebagai pahlawan yang

garang. Mereka adalah antara kumpulan nomad

pertama yang menakluki Asia Kecil (kini Turki) dari

sebelah utara.

UMUM 

Kembali ke atas