Buta warna yang kadangkala dikenali dengan istilah daltonisme ialah ketakbolehan membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk melihat warna berpunca daripada sel penglihatan khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada retina mata. Seseorang yang normal penglihatan warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza. Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau dua, atau kesemua jenis kon ini. |