Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cagaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTARUHAN

Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang

dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam

suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu

pertanyaan.

UMUM 
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
GADAI

GADAI, penyerahan sesuatu barang (tanah, rumah, barang berharga) sebagai cagaran atau sandaran untuk pinjaman wang dalam tempoh tertsntu. Gadai bermakna suatu penggantian nilai wang dengan benda dalam urusan pinjaman dalam tempoh tertentu. Jika barangan seperti tanah tidak ditebus dalam tempoh yang dipersetujui ini, barang gadaian tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman. Dalam tempoh gadaian, pemberi pinjaman berhak menggunakan barangan tersebut.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas