TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE | Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, The National Aeronautics and Space Administration (NASA), telah melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika, Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) . | UMUM | |
SURAH AL-TARIQ | Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat. Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang menembus sinaran cahayanya) kerana di permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan perkataan itu. Surah ini menangani beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam. Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan hari kebangkitan semula manusia di akhirat. | UMUM | |
SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)”. (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
SURAH AL-SHAMS | Surah al-Shams ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-91 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 15 ayat. Surah ini dinamakan al-Shams (matahari) kerana pada awal ayatnya Allah S.W.T. bersumpah dengan matahari dan cahayanya. | UMUM | |
STRUVE, OTTO | Struve, Otto (1897–1963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). | UMUM | |