Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calcutta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CALCUTTA UMUM 
THE BLACK HOLE OF CALCUTTABilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MADRAS

Madras (pend. 3 795 028; pend. kaw. met.

5 361 468) ialah bandar keempat terbesar di India.

Hanya Bombay, Delhi dan Calcutta yang

mempunyai lebih ramai penduduk. Madras terletak

di pantai tenggara India. Untuk lokasi, lihat India

(peta politik). Kini, Madras dikenali dengan nama

Chennai.

UMUM 
PRASAD, RAJENDRA

Prasad, Rajendra (1884–1963) ialah pemimpin

perjuangan kebangsaan yang terkenal di India. Dia

lahir di utara Bihar. Prasad mendapat pendidikan di

Calcutta dan lulus sebagai peguam.

UMUM 
DARJEELING

Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim

panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran

daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara

Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran

sempadan Nepal.

UMUM 
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
TERESA, MOTHER

Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati

Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada

orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of

the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa

mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.

Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of

Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan

bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan

dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,

pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit

kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan

pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50

buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah

cawangan di negara lain.

UMUM 
BHUBANESWAR

Bhubaneswar (pend. 411 542) ialah bandar di

India yang merupakan pusat suci bagi penganut

Hindu. Ia menjadi ibu negeri Orissa semenjak

tahun 1948. Bhubaneswar terletak kira-kira 320

kilometer di barat daya Calcutta di cabang Sungai

Mahanadi. Untuk lokasi, lihat India (peta politik).

UMUM 
ZAID AHMADZAID AHMAD  (1944-     ),  penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam.  Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963.  Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India.  Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia.  Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan.SASTERATokoh

Kembali ke atas