| TELUK CALIFORNIA | Teluk California ialah sebahagian daripada Lautan Pasifik yang terletak di antara semenanjung California Hilir dan tanah besar Mexico. Pada satu masa dahulu Teluk California dikenali sebagai Laut Cortés, bersempena nama pengembara Sepanyol, Hernando Cortés, orang yang pertama menjelajahinya pada tahun 1536. Teluk ini juga dikenali sebagai Laut Vermilion. Pelbagai jenis ikan, termasuk ikan layar buruan – boleh didapati di teluk ini. | UMUM | |
| CALIFORNIA | | UMUM | |
| OAKLAND | Oakland , California, Amerika Syarikat (pend. 372 242) ialah salah sebuah pusat perkapalan tersibuk di California. Oakland terletak di pantai timur, Teluk San Francisco. Bandar ini terletak 4.8 kilometer di seberang teluk dari San Francisco. | UMUM | |
| MEXICALI | Mexicali (pend. 601 938) ialah ibu negeri dan salah sebuah bandar yang terbesar di negeri Baja California Norte di Mexico. Mexicali terletak betul-betul di seberang sempadan dari Calexico, California, A.S. Untuk lokasinya, lihat Mexico (peta politik). Nama kedua-dua buah kota ini merupakan gabungan perkataan Mexico dan California. | UMUM | |
| SAN DIEGO, | San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw. met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi, termasuk 181 kilometer persegi perairan pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Kaunti San Diego. | UMUM | |
| TIJUANA | Tijuana (pend. 698 752) ialah bandar di negeri Baja California Norte, Mexico. Ia terletak di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat, kira-kira 25 kilometer ke selatan San Diego, California (lihat Mexico [peta politik]). | UMUM | |
| KONDOR | Kondor ialah dua spesies burung hering yang terdapat di Hemisfera Barat. Kondor California yang pernah hidup liar di selatan California, Amerika Syarikat, telah hampir pupus. | UMUM | |
| SACRAMENTO | Sacramento (pend. 369 365; pend. kaw. met. 1 481 102) ialah ibu negeri California di Amerika Syarikat dan pusat perdagangan bagi sebuah kawasan perladangan yang subur. Ia terletak di persimpangan Sungai Sacramento dan Amerika di Lembah Sacramento California, lebih kurang 135 kilometer di timur laut San Francisco. Ekonomi Sacramento bergantung terutamanya pada operasi kerajaan. Bandar Sacramento mempunyai lebih daripada 300 loji pembuatan. Pengeluaran enjin roket dan pemprosesan makanan merupakan industri utama di kawasan itu. | UMUM | |
| SESAR SAN ANDREAS | Sesar San Andreas ialah retak yang panjang pada kerak bumi dan ditandakan oleh zon bumi yang terganggu di California. Sesar ini menganjur lebih kurang 970 kilometer dari luar pinggir pantai barat laut California sehingga ke bahagian tenggara dan berhampiran sempadan Mexico. | UMUM | |
| MAKMAL PENDORONGAN JET | Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal ini dikendalikan oleh California Institute of Technology yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan – National Aeronautics and Space Administration (NASA). | UMUM | |