Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN

Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
CAMPUR TANGAN UMUM 
DOKTRIN MONROE

Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden

James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres

Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin

ini menjamin semua negara yang merdeka di

Hemisfera Barat daripada campur tangan negara

Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka

atau mengawal kehidupan mereka dengan apa

cara sekalipun.”

UMUM 
PULAU PANGKORPULAU PANGKOR, pulau jajahan negeri Perak yang terletak di Selat Melaka. Di pulau inilah termeterainya satu perjanjian yang dikenal dalam sejarah Malaysia sebagai Perjanjian Pangkor (1874). Perjanjian itu menandakan bermulanya campur tangan pihak British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERANG PAHANG

PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British.  Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF

RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit.

SASTERATokoh
PERANG BUKIT PUTUS

PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERJANJIAN GIYANTI

PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa.  Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 – 1646) mangkat.  Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram.  Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka.  Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
GERAKAN PADRI

GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas