Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
RAMSES II

Ramses II ialah Firaun (raja) Mesir yang

memerintah dari tahun 1290 S.M. hingga tahun

1224 S.M. Ramses menaiki takhta semasa masih

muda.

UMUM 
NICHOLAS II

Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus

pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana

muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang

memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus.

Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang

menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya

akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian

semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya

bermakna menerima, calon yang dicadangkan.

UMUM 
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
PETER II

Peter II (1923–1970) menjadi raja Yugoslavia pada

tahun 1934 ketika berusia 11 tahun apabila

bapanya, Raja Alexander, dibunuh.

UMUM 
ELIZABETH II

Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United

Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel.

Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas

kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari

1952.

UMUM 
EDWARD II

Edward II (1284–1327) ialah salah seorang

daripada raja yang paling tidak berjaya dalam

sejarah Inggeris.

UMUM 
ALEXANDER II

Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun

1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai

tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di

Rusia pada tahun 1861. Baginda juga

memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan

penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil

wilayah dan menggalakkan perindustrian.

UMUM 
ALBERT IIAlbert  II (1934– ), menjadi raja Belgium pada

tahun 1993, apabila kemangkatan saudara lelaki

baginda Badouin.

UMUM 
MARGRETHE II

Margrethe II (1940– ) ialah Ratu Denmark.

Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda,

Frederik IX, pada tahun 1972.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas