Sungai Dvina ialah nama dua batang sungai di Eropah Timur. Sebatang sungai dikenali sebagai Drina Barat atau Daugava, bermula di barat Moscow, Rusia dan mengalir ke Teluk Riga di Riga, Latvia. Sungai ini panjangnya 1019 kilometer. Sebatang sungai lagi, dikenali sebagai Dvina Utara, merupakan laluan air yang penting di barat laut Rusia. Dvina Utara, terbentuk dari cantuman Sungai Sukhona dan Vychedga ialah sepanjang 732 kilometer. Ia mengalir ke Laut Putih di pelabuhan Arkhangelsk. Kapal stim belayar di Dvina. Sungai ini bercantum dengan Sungai Neva dan Volga oleh Terusan Dvina Utara. Untuk lokasi kedua-dua sungai, lihat Rusia (peta muka bumi). |