TAMADUN | Tamadun ialah satu cara hidup yang wujud selepas manusia memulai kehidupan di bandar atau dalam masyarakat yang diuruskan sebagai negeri. Perkataan Inggeris civilization (tamadun) berasal daripada perkataan Latin civis , yang bermaksud penduduk sesebuah bandar . | UMUM | |
PORTENOS | Portenos lihat Argentina (Cara hidup) ; Buenos Aires (Penduduk). | UMUM | |
MENNONITE | Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang, bersumpah, atau memegang jawatan dengan menggunakan kekerasan adalah ditegah. | UMUM | |
BIARAWAN | Biarawan ialah lelaki yang mengasingkan diri daripada cara hidup biasa untuk mengabdikan diri kepada agamanya. Biarawan memainkan peranan penting dalam agama Kristian, terutamanya dalam gereja Roman Katolik dan Ortodoks Timur. Biarawan atau sami juga penting dalam agama lain seperti Buddha, Jainisme, dan Hindu. | UMUM | |
ASIMILASI | Asimilasi ialah proses yang dilalui oleh kumpulan sosial dan budaya untuk menjadi bahagian kumpulan sosial dan budaya yang lain. Umpamanya kumpulan dari beberapa banyak negeri telah menetap di Australia. Kebanyakan orang ini secara beransur-ansur melepaskan cara hidup tanah air mereka dan mengamalkan cara hidup Australia. | UMUM | |
SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA | SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA, puisi Melayu tradisional. Syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan popular di kalangan masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Syair naratif yang tidak diketahui nama pengarangnya ini dikarang oleh seseorang yang rapat dengan suasana kehidupan golongan istana, cara hidup golongan bangsawan dan cara hidup rakyat biasa yang mementingkan agama. | SASTERA | Konsep |
RENTAP | RENTAP (? - ? ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KAUM HIPI | Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri. | UMUM | |
ATHANASIUS, SAINT | Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang yang penting kerana banyak tulisannya yang mempertahankan agama Kristian ortodoks daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah yang betul-betul tuhan. Athanasius juga memperkenalkan cara hidup komuniti agama Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan kepada agama Kristian Barat. | UMUM | |
ANTROPOLOGI | Antropologi ialah kajian saintifik tentang kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli antropologi menyelidik strategi kehidupan yang dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota spesies yang sama dan perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai. | UMUM | |