Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PERPULUHAN

Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis

nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti

yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh

ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya

menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4,

5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini

bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu

nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai

yang sama sekali berbeza dalam nombor 832

berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan

yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh

sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya

dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan

tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai.

UMUM 
SUSUKKapsyen1">          ;1">           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

1">     

SASTERAKonsep
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

1">             

 

 

BUDAYAKonsep
CERITA LISAN

CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan.

1">  

SASTERAKonsep
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

1.0pt 0cm" class=MsoNormal>PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan

Kembali ke atas