Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (eccles) kardinal; 2. (colour), (warna) merah tua. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj fundamentally important, pokok, utama; (of error, sin) besar: three ~ points in his argument, tiga perkara pokok dlm hujahnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cardinal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALLEN, WILLIAM CARDINAL UMUM 
RICHELIEU, CARDINAL

Richelieu, Cardinal (1585–1642), salah seorang

negarawan Perancis yang sangat berkebolehan.

Dia menjadi pemerintah Perancis yang sebenar

lebih daripada 18 tahun dan memperkukuhkan

pemerintahan beraja Perancis.

UMUM 
SIN, JAIME CARDINAL

Sin, Jaime Cardinal (1928–2005) ialah ketua

biskop Roman Katolik di Manila. Dia membuat

sumbangan yang berkekalan dalam sejarah

Filipina. Dia menggalakkan rakyat mengambil

bahagian dalam revolusi pada bulan Februari

tahun 1986, yang menjatuhkan Presiden Ferdinand

Marcos dan mengembalikan demokrasi di

Filipina. Lihat juga Filipina, Sejarah.

UMUM 
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL

Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ),

ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico

yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman

Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal

pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas,

Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi

pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan

sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di

Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama

sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada

tahun 1964.

UMUM 
MAZARIN, JULES CARDINAL

Mazarin, Jules Cardinal (1602–1661) ialah

negarawan Perancis dan kardinal Gereja Roman

Katolik.

UMUM 
STRACHEY, LYTTON

Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis

biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera.

Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi –

Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria

(1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran

tentang empat orang ternama England pada zaman

Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles

Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat

Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang

ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta,

imaginasi, dan analisis psikologi.

UMUM 
SUNGAI RICHELIEU

Sungai Richelieu ialah sebatang sungai di Kanada

yang mengalir melalui beberapa lembah yang paling

cantik di Quebec. Sungai Richelieu berpunca dari

Tasik Champlain, yang terletak di sempadan Quebec–

Vermont. Ia mengalir ke utara sejauh 130 kilometer

dan bertemu dengan Sungai St. Lawrence di Sorel, di

antara Montreal dengan Trois Rivières. Kapal berlayar

di sepanjang sungai ini dari Sorel ke selatan hingga

ke Chambly. Sungai Richelieu mempunyai dua

terusan – satu di St. Ours, ke selatan Sorel, dan satu

lagi di Chambly. Sungai ini ialah laluan

pengangkutan, tetapi ia lebih dikenali sebagai tempat

bermain bot. Sungai ini dinamakan sempena nama

Cardinal Richelieu, seorang negarawan Perancis.

UMUM 

Kembali ke atas