Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carl


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CARL XVI GUSTAF UMUM 
SANDBURG, CARL

Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis

biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama

menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha

mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan

keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika.

Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl

Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi

jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari

mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan

mengatakan apa sahaja.”

UMUM 
JUNG, CARL GUSTAV UMUM 
GAUSS, CARL FRIEDRICH UMUM 
FABERGÉ, PETER CARL UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
NIELSEN, CARL AUGUST

Nielsen, Carl August (1865–1931), salah seorang

penggubah Denmark yang agung. Sebahagian besar

muziknya telah terlepas perhatian semasa hayatnya

tetapi menjadi popular pada peringkat antarabangsa

selepas kematiannya.

UMUM 
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
SAGAN, CARL EDWARD

Sagan, Carl Edward (1934–1996) ialah ahli

astronomi, pengarang dan pendidik Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana jasanya yang

mempopularkan sains. Sagan telah menulis beberapa

buku, rencana majalah, dan kertas kerja saintifik. Dia

ialah penulis utama dan pencerita ‘Cosmos’, siri

televisyen yang popular. Siri tersebut membincangkan pelbagai

isu sains.

UMUM 
STOKES, CARL BURTON

Stokes, Carl Burton (1927–1996) ialah orang

kulit hitam pertama dipilih sebagai datuk bandar

sebuah bandar raya di Amerika Syarikat. Dia

berkhidmat sebagai datuk bandar di Cleveland,

Ohio dari tahun 1967 hingga tahun 1971.

UMUM 
123

Kembali ke atas