Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ta.tan] | چاتتن

Definisi : yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ta.tan] | چاتتن

Definisi : apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEJARAH

Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau

manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai

kejadian masa lampau dan menyediakan catatan

baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan

ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga

dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan

sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan

maklumat tentang kejadian-kejadian dalam

sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian

Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan

benua, bandar, negara dan provinsi.

UMUM 
TIGA CATATAN PERJALANAN

TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

SASTERAPenerbitan
DIARI

Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran

seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang

beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari

sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak

gemar orang lain membaca diari mereka.

UMUM 
PROTOKOL

Protokol ialah dokumen yang mengandungi

catatan rundingan yang dijalankan oleh wakil-wakil

diplomatik.

UMUM 
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
PERLAK

PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia.  Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam.  Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka.  Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera.  Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
LANGKASUKA

LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah   wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, Liang-shu, Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. Hikayat Merong Mahawangsa  mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUANTAN

Kuantan (pend. 220 000), ibu negeri Pahang Darul

Makmur. Kuantan ialah salah sebuah bandar besar

di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Daripada catatan

sejarah, Kuantan telah wujud sebagai penempatan

semenjak abad ke-12.

UMUM 
KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri

Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah

salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari

catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai

penempatan sekitar abad ke-14.

UMUM 
NICOLET, JEAN

Nicolet, Jean (1598–1642) ialah penjelajah awal

Perancis di Amerika. Ahli sejarah percaya bahawa dia

merupakan orang Eropah yang pertama yang

memudiki Tasik Michigan dan mengembara di

wilayah yang kini dikenali sebagai negeri Wisconsin.

Tidak banyak yang diketahui tentang penjelajahannya

sehingga pada pertengahan tahun 1800-an apabila

catatan perjalanannya di bahagian barat ditemui

dalam Jesuit Relations.

UMUM 
123

Kembali ke atas