CATUR MELAYU | CATUR MELAYU, sejenis permainan dalam rumah yang dikenal di kalangan masyarakat kampung sebagai main harimau kambing. Permainan ini sangat digemari oleh orang muda dan tua di kampung pedalaman Malaysia pada masa dahulu. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
CATUR | | UMUM | |
KAIN SAYAP PEKAKA | KAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN PELEKAT | KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur. | BUDAYA | Kraf Tangan |
RUBAI | RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab. Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam. Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">Ruba’iyat Umar KhaiyamI>. Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu. | SASTERA | Konsep |