SIMPSON DAN KELDAINYA | Simpson dan keldainya menjadi terkenal kerana membantu tentera Berikat yang cedera semasa pendaratan angkatan Anzac di Gallipoli semasa Perang Dunia I (1914–1918). | UMUM | |
AMBULANS | Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera. Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor yang dicat dengan lambang palang atau lambang khas yang lain. | UMUM | |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |
KONVENSYEN GENEVA | Konvensyen Geneva menetapkan perlakuan berperikemanusiaan terhadap orang awam, tawanan, dan orang yang cedera semasa perang. | UMUM | |
KEDAMAIAN SEMENTARA | Kedamaian sementara ialah penangguhan pertempuran antara pihak yang bertentangan dalam peperangan. Kedamaian sementara mungkin diadakan untuk memindahkan mereka yang cedera dari medan pertempuran, mengebumikan mereka yang terkorban, penukaran tawanan perang, ataupun menghormati hari kelepasan keagamaan. | UMUM | |
PERTEMPURAN BUNKER HILL | Pertempuran Bunker Hill merupakan pertempuran yang paling banyak menumpahkan darah dalam Perang Kemerdekaan Amerika (1775– 1783). Lebih 1000 askar British dan kira-kira 400 patriot Amerika terbunuh atau cedera. | UMUM | |
SURGERI POKOK | Surgeri pokok ialah penjagaan pokok, terutamanya dengan memangkas, memasang pendakap, menampal lubang dan membuang kayu reput. Surgeri pokok secara besar-besaran memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka menyembur pokok dengan bahan kimia untuk melindunginya daripada serangga dan penyakit dan mereka memberikan baja dan lembapan yang betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan kawasan rekreasi. | UMUM | |
OEDEMA | Oedema ialah bengkak tisu badan yang disebabkan oleh bendalir terkumpul dalam ruang antara sel. Oedema mungkin <i> setempat i> – iaitu, terhad kepada satu bahagian badan – atau ia mungkin menjejaskan tisu di seluruh badan. Oedema setempat biasanya terjadi apabila kandungan kapilari yang cedera bocor dan masuk ke dalam ruang-ruang tisu yang berdekatan. | UMUM | |
KELOID | Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran berlebihan tisu penghubung berserabut pada <I>dermis I>(lapisan dalam kulit). Ia sering timbul selepas kulit cedera akibat laserasi atau pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan spontan. Keloid boleh dibuang melalui pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudian. | UMUM | |
KESELAMATAN | Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan atau bahaya kecederaan. Perkataan <I>keselamatan I> juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan ialah penyebab utama kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan. | UMUM | |