PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA | PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, persatuan seni mempertahankan diri. Silat cekak juga dikenal dengan nama Silat Papan Sekeping. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ditubuhkan pada 19 Ogos 1971. pemimpin pertama persatuan ini ialah Ustaz Hanafi Ahmad. Setelah kematiannya pada 13 Ogos 1986, persatuan ini dipimpin oleh Tuan Haji Ishak Itam. | BUDAYA | Persatuan |
PAKAIAN PUTERI PERAK | PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan. | BUDAYA | Pakaian |
BAJU MELAYU | Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
BAJU KURUNG | BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai. | BUDAYA | Pakaian |