Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la/] | چلق

Definisi : habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata): ~ mata; pensel ~ sj pensel utk mewarnai kening dan keliling mata; bercelak memakai celak; mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la/] | چلق

Definisi : abuk hitam (coklat, biru dsb) utk mewarnai kening, bulu mata atau ke­liling mata: ~ mata. bercelak memakai celak. mencelak mewarnai kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak: Ani sedang ~ bulu keningnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAENG CELAK

DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara  Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN

RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di  Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA HAJI

RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL JALIL MUAZZAM SYAH

SULTAN ABDUL JALIL MUAZZAM SYAH (? – 1761), Sultan Johor (1760 – 1761)yang berketurunan bendahara dan temenggung.  Baginda juga dikenali sebagai Raja Di Baruh.  Baginda berkahwin dengan Tengku Puteh, puteri Daeng Celak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas