Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1. bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ pd malam itu; 2. ki indah (elok) sekali: jangan lekas percaya pd janji-janji yg ~ dan kata-kata yg bergula; 3. ki (bkn kejayaan, keputusan peperiksaan, dsb) sangat baik: kejayaan ~; mencemerlangkan menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan: cita-citanya utk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan; kecemerlangan ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1 bercahaya dgn terang; berkilauan; gilang-gemilang. 2 ki sangat indah (elok): Jangan terlalu mengharapkan janji-janji yg ~. 3 sangat baik (ttg kejayaan, keputusan peperiksaan dsb): Ali mendapat kejayaan yg ~ dlm pepe­riksaan yg lalu. kecemerlangan hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemerlang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POITIER, SIDNEY

Poitier, Sidney (1927– ) ialah pelakon filem

Amerika yang menjadi simbol kejayaan cemerlang

kaum kulit hitam dalam industri filem di Amerika

Syarikat. Dia muncul dalam beberapa filem yang

berperanan realistik mengenai masalah perkauman

di Amerika Syarikat. Filem-filemnya termasuklah No

Way Out (1950), The Blackboard Jungle (1955), Edge

of the City (1957), Guess Who’s Coming to Dinner

(1967) dan In The Heat of the Night (1967). Poitier

memenangi Academy Award melalui lakonannya

dalam filem Lilies of the Field (1963).

UMUM 
BYRON, LORD

Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik

Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang

mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai

sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang

puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan

puisinya mencerminkan pengalaman dan

kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar,

kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik.

UMUM 
NAYSABURIY, ‘ABDULLAH AL-

Naysaburiy, ‘Abdullah al- (706–776 H./1306–

1374 M.), faqih Mazhab Hanafi, cemerlang dalam

bahasa Arab, mendalami tentang al-Manqul dan al-

Ma‘qul . Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Ahmad al-Husayniy al-Naysaburiy.

Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyifatkannya sebagai

Zamakhshariy pada zamannya. Al-Naysaburiy

bekerja sebagai guru di al-Madrasah al-Asadiyyah

di Halab, iaitu sebuah sekolah Mazhab Syafi‘i dan

juga mengajar di Qubbat al-Asadiyyah di Damsyik,

sebuah sekolah Mazhab Hanafiy. Dia menetap di

Damsyik dan Kaherah untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan. Al-Naysaburiy kemudiannya dilantik

sebagai syeikh tarekat di salah sebuah tempat

bersuluk ( al-khawaniq ). Dia menulis kitab Syarh al-

Manar mengenai Usul al-Fiqh berdasarkan

perbincangan yang dibuat oleh al-Nasafiy dan

menulis Syarh al-Tashil mengenai nahu.

UMUM 
NEY, MICHEL

Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar

terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat

dengan cemerlang dalam kempen pada tahun

1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan

orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan

kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu

menjadikannya askar yang paling dikenali.

Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada

tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of

Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di

Elchingen pada tahun 1805.

UMUM 
PERRY, FRED

Perry, Fred (1909–1995) ialah salah seorang

pemain tenis United Kingdom yang paling

cemerlang. Dia bermain dalam pasukan British

yang memenangi Piala Davis dari tahun 1933

hingga tahun 1936.

UMUM 
OH, SADAHARU

Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain

besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan

pemukul bola yang cemerlang, yang telah

membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika

menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia,

lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry

“Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di

Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina.

Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia

menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya

dalam liga utama bermula pada tahun 1959

setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara

pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai

pengurus Tokyo Giants.

UMUM 
MOUNTBATTEN, LOUIS

Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang

keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin

tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi

jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi

bersama British semasa Perang Dunia II (1939–

1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera

Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan

mengetuai penaklukan

semula Burma dan

Semenanjung Malaysia

daripada Jepun. Dia

kemudiannya menjadi

pemerintah samudera

pertama, peringkat

tentera laut yang

tertinggi di United

Kingdom. Sebagai

wizurai India, dia

membantu menguruskan

kemerdekaan negara

tersebut.

UMUM 
MARLBOROUGH, DUKE OF

Marlborough, Duke of (1650–1722) ialah

jeneral British yang teragung. Dia memenangi

kejayaan yang cemerlang berturut-turut di

Blenheim, Ramillies, Oudenaarde, dan Malplaquet

dalam kempennya dalam Perang Rebut Takhta

Sepanyol (lihat Pertempuran Blenheim).

UMUM 
ANOUILH, JEAN

Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama

popular Perancis yang menghasilkan banyak karya.

Dia terkenal dengan dramanya yang sangat

cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya

sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya

menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca

daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang

atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam

dramanya terdiri daripada orang muda sensitif

yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua

yang agak aneh. Antara karya komedinya

termasuklah Thieves Carnival (1932), Time

Remembered (1939), Ring Round The Moon

(1947), The Rehearsal (1950).

UMUM 
PHILIPE, GERARD

Philipe, Gerard (1922–1959) ialah pelakon

pentas dan filem Perancis. Dia menjadi masyhur di

peringkat antarabangsa kerana persembahannya

yang cemerlang dalam filem-filem klasik Perancis

La Beaute du Diable (Beauty and the Devil) 1950, La

Ronde (1950), dan Les Belles de Nuit (Beauties of

the Night 1952).

UMUM 
123

Kembali ke atas