| KLCC | KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la merupakan projek mega bersepadu meliputi kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di lokasi strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah, Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi di dunia. | UMUM | |
| SEIDLER, HARRY | Seidler, Harry (1923– ) ialah arkitek Australia yang mereka bentuk sebahagian daripada bangunan tinggi yang paling terkenal di Sydney. Antara bangunan ini ialah Australia Square, MLC Centre, dan Grosvenor Place manakala bangunan di seberang laut yang direka bentuknya termasuk Kedutaan Australia di Paris dan Hong Kong Club and Tower. | UMUM | |
| KOTLER, PHILIP | Kotler, Philip (1931- ), pakar dalam bidang pemasaran strategik dan pemasaran sosial oleh Management Centre Europe. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
| BUKIT AMAN | BUKIT AMAN, kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Segala dasar, arahan, dan perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan dari Bukit Aman. Di sini juga terletak Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre) yang disifatkan sebagai nadi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| NOMA CONCOURS FOR PICTURE BOOK ILUSTRATIONS | Noma Concours for Picture Book Illustrations, peraduan ilustrasi buku bergambar yang dianjurkan oleh Asia/Pacific Cultural Centre for UNESCO (ACCU). | SASTERA | Kegiatan |
| LATIFF MOHIDIN | LATIFF MOHIDIN (1938- ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |