Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ré.ka] | چريک

Definisi : /ceréka/ cerita, kisah dsb yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku; cerita rekaan. ~ sains cereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan. mencerekakan menjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka. pencerekaan perihal atau perbuatan mencerekakan sesuatu (kisah, peristiwa dll): Ulasan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cereka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DONGENG

Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar

tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu

atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok,

atau benda yang bercakap dan bertindak seperti

manusia. Dongeng boleh disampaikan sama

ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam

kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan

pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan.

UMUM 
SIMENON, GEORGES

Simenon, Georges (1903–1989) ialah

pengarang kelahiran Belgium yang mencipta

watak cereka detektif, Jules Maigret, yang

berpangkat inspektor dalam pasukan polis Paris.

Simenon menulis sebanyak 102 novel dan cerpen

yang sesuai dengan watak Maigret.

UMUM 
DIDEROT, DENNIS

Diderot, Dennis (1713–1784) ialah ahli falsafah

Perancis yang ulung dalam gerakan intelektual

yang dikenali sebagai Zaman Ketaakulan. Karyanya

melampaui bidang falsafah dan termasuklah

bidang cereka, drama, seni dan kritikan sastera.

UMUM 
MORRISON, TONI

Morrison, Toni (1931– ), penulis novel

wanita kulit hitam Amerika yang menerima Hadiah

Nobel pada tahun 1993 bagi bidang kesusasteraan.

Dia juga telah memenangi Hadiah Pulitzer 1988

untuk cereka melalui novelnya Beloved (1987).

Novel tersebut menceritakan kisah seorang bekas

hamba yang dihantui oleh kenangan hidupnya

sebagai seorang hamba dan bayinya yang telah

dibunuh untuk menyelamatkannya daripada

mengalami nasib yang sama. Beloved

mempamerkan gaya liriknya, gambaran watak

yang jelas, dan kebolehannya untuk membuat

pembaca menerima perkara yang luar biasa

sebagai benar. Kemahirannya menggunakan

bahasa menjadikannya salah seorang penulis

Amerika yang terbaik bagi tahun 1900-an.

UMUM 
GRES

GRES,  kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini,  cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif.

SASTERAKarya
MURASAKI SHIKIBU

Murasaki Shikibu (975? M.–1031? M.), juga

dikenal sebagai Lady Murasaki, penulis

kesusasteraan awal Jepun yang amat terkenal.

Novel Shikibu yang panjang, The Tale of Genji

dianggap sebagai karya yang hebat dalam cereka

Jepun.

UMUM 
NOVELET

NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan ‘novela’. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen.

SASTERAPenerbitan
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan
BIDIN SUBARI

BIDIN SUBARI (1937-      ), penulis, pelakon dan pengarah drama.  Dia lahir pada 9 Disember 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Dia juga menggunakan nama pena Malina Manja.  Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tujuh di Sekolah Raja Muda, Kampung Baru dan di Sekolah Teknik, Kuala Lumpur. Dia pernah bertugas sebagai guru Training Under Other Scheme (TUOS) hingga tahun 1971, penyelia pementasan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hingga tahun 1976, dan sebagai pereka set hingga tahun 1983.  Sejak tahun 1984, dia bertugas di bahagian skrip dan cereka di RTM.

BUDAYATokoh
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 

Kembali ke atas