Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1 tangkas dan giat; bertenaga: Sungguhpun sudah tua, ia masih ~. 2 pantas; cepat: Platun itu bergerak ~ apabila menerima arahan drpd Leftenan Ramli. 3 banyak melibatkan diri dlm kegiatan-kegiatan; aktif: Pasukan Bulan Sabit Merah sekolah itu sangat ~. mencergaskan menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONYET

Monyet adalah satu daripada banyak jenis

mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang

paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –

bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang

dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.

Kecerdikan monyet membolehkannya

menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.

Oleh sebab persamaan antara monyet dengan

manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam

penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit

manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali

sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen

menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).

UMUM 
METAMFETAMIN

Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar

sebagai “speed”. Dadah ini dengan pantas

menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas.

Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan

untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa

yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh

membahayakan dan dadah ini hanya boleh

diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin

merupakan salah satu kumpulan dadah yang

dipanggil amfetamin.

UMUM 
ZIONISME

Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah

yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena)

orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik

perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk

menyelesaikan masalah orang Yahudi serta

membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke

tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin,

yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka

yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas

keinginan inilah, mereka bergerak cergas

bermetodekan penjajahan untuk mendirikan

negara Yahudi di Palestin.

UMUM 
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MUSA HITAM, TAN SRI MUSA HITAM, Tan Sri (1934-    ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENULIS WARTAWAN

PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya
SOENTING MELAJOE

SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia.  Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang.  Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau.  Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LOGAN, J.R.

LOGAN, J.R. (1819-1869), penulis berbangsa Scot tetapi menetap dan Tanah Melayu. Dia lahir di Britain. Nama penuhnya ialah James Richardson Logan. Dia menerima pendidikan dalam bidang undang-undang dan bertugas sebagai peguam. Logan datang ke Tanah Melayu dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1839. Dia bergerak cergas dalam hal-ehwal kebajikan masyarakat di Pulau Pinang hingga akhir hayatnya.

BAHASATokoh

Kembali ke atas